Layanan petugas lobi sangat mesra. Selalu senyum. Keadaan bilik bersih, sangat luas dan selesa untuk 2dewasa dan 3 kanak2. Kolam mandi best dan terbaik. Parking mudah, berdekatan dengan bandar. Cuma wifi sgt teruk, pam tandas tidak kuat, air perlahan. Pendaftaran sgt lambat, sepatutnya pukul 3,tetapi pukul 4:30 baru dapat masuk. Harapan saya perkhidmatan perlu segera di dipertingkatkan kerana hotel ini boleh menjadi salah satu hotel yang terbaik di Sungai Petani. Walau bagaimanapun, saya akan ke hotel ini lagi bila ada urusan di Sg . Petani. Tingkatkan usaha. Ikhlas dari saya dan Terima kasih.